PANDUAN BAGI YANG BARU

versi 4.3 - 20 Nov 2000


[Laman Utama | Satulaman | Soal Jawab | Senarai E-mail  | Artikel | AST | Laman Lain | Siapa ?]

[ MY PORTAL]

Bayaran Dalam Ringgit malaysia.
e2dia.com - Paying you to Surf!

Laman asal berada di http://alpha.skali.net/~hafnie/html/panduan.html

Internet mempunyai pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh penggunanya. Ada pelbagai laman yang perlu dilawati untuk dijadikan panduan. Perkara yang paling penting adalah bagaimana untuk melindungi jejak saudara/i bila menggunakan komputer dan Internet. Baca E-Makalah 13 di http://www.mail-archive.com/haris%40onelist.com/msg00009.html

Kepada Yang berminat untuk mendapatkan tulisan Haris dalam bentuk salinan kertas (Buku). Sila lawat ke laman ini.
http://www.bigfoot.com/~bukubusas atau http://members.spree.com/technology/bukubusas/

1. Email laman percuma

Laman ini menyediakan kemudahan email yang boleh dicapai dengan hanya pelayar. Kita tidak perlu mempunyai applikasi email tetap untuk mendapatkan email kita.  Antara laman yang sesuai :-

http://webmail.netscape.com/
http://www.hotmail.com/

Sebagai antara laman pencari yang terkenal, Yahoo juga menyediakan kemudahan email yang juga boleh dicapai dengan
http://mail.yahoo.com/

Satu lagi laman kemudahan email.http://www.iname.com/http://www.bigfoot.com/  dan http://www.mail.com/ menyediakan email  "forwarding". Email "forwarding" adalah alamat email yang digunakan untuk  menghantar semula email itu kepada alamat lain. Cukup sesuai untuk kita  yang mungkin selalu bertukar-tukar alamat email. Bigfoot itu sendiri adalah  laman email forwarding. Bagi mail dan iname, selain daripada boleh menyimpan  email ia juga, dalam preferences kita boleh "forward" email kita kepada  alamat email lain.

http://www.waumail.com/ dan http://www.melayu.net/ pula adalah  laman email yang disediakan oleh pembina tempatan.

Bagi yang mempunyai nama domain anda sendiri. Anda juga boleh meyediakan kemudahan email yang menggunakan nama domain anda. contoh adalah laman yang disediakan oleh sahabat haris di http://www.ikhlas.com/. Sila lawat laman http://www.everyone.net/

Perbincangan cara mendapatkan domain boleh dilihat di http://www.egroups.com/message/dunia-digital/2602 dan  pilih email "follow-ups" yang memberikan jawapannya.
( Laman cermin di http://www.mail-archive.com/dunia-digital@egroups.com/msg01811.html )

Kebanyakan kemudahan email seperti laman diatas, ada menyediakan kemudahan mendapatkan email luar (getting external email). Ini bermakna kita boleh dapatkan email daripada komputer pelayan email Jaring, TMnet dan Maxis dengan hanya capaian laman.

Kemudahan-kemudahan lain bagi email boleh dirujuk kepada laman ini http://www.emailaddresses.com/


Malaysia Bpath Network

2. Membina Laman

Berdasarkan kempen satu laman di http://www.bigfoot.com/~satulaman para pengguna  Internet perlu mencuba untuk membina laman di Internet. Anda tidak perlu  risau, kebanyakkan laman boleh dibina dengan hanya menjawab berapa soalan  di dalam borang. Laman selepas itu akan terus dibina. Kita boleh mencuba  laman http://www.alambina.com/ untuk belajar
membina laman. Pilih ruang Komputer, Internet Dan HTML.

Antara laman-laman yang menyediakan ruang membina laman.

http://www.geocities.com/ (Telah digabungkan dengan  Yahoo)
http://members.spree.com/sg/default.asp?x=hafnie
https://www.tripod.com/
http://www.theglobe.com

3. Enjin Pencari Laman

Bagaimana pula dengan kemudahan Enjin Pencari ?. Laman pencari terdiri daripada pelbagai jenis dan kita perlu cuba menggunakan kebanyakkan laman yang ada untuk mendapatkan hasil pencarian yang baik. Ini adalah cadangan. Ada pelbagai laman yang baik yang boleh dicuba. Umpamanya:-

3.1 http://www.faqs.org

Frequently Ask Question adalah laman kumpulan pertanyaan-pertanyaan yang  biasa ditanya oleh para pengguna daripada pelbagai kategori. Apa yang kita  cari mungkin telah menjadi soalan yang biasa ditanya. Cuba lawat laman ini  dahulu. Bagi laman http://www.faq.org gunakan kemudahan  "find" dan cari faq.

3.2 http://www.webring.com/

Webring (Bergabung dengan Yahoo) adalah laman yang mengumpulkan laman berdasarkan persamaan antara laman. Ikatan (ring) ini akan dinilaikan oleh mereka yang menubuhkan ikatan itu. Dengan ini kita boleh mencari laman-laman yang kita mahukan dengan ikatan-ikatan ini. Gunakan pencari di laman ini untuk mencari laman yang dicari dan gunakan ikatan laman ini juga untuk mencari laman yang berkaitan. Jika anda menyertai projek satulaman, wajar laman anda berada didalam webring satulaman dengan mengisi borang di http://members.theglobe.com/hafnie/harring.htm

dan yang mencari laman-laman yang dibuat oleh orang kita boleh mencuba Hebat Webring di http://nav.webring.yahoo.com/hub?ring=malaysian&list

3.3 Puas anda mencari. Jika masih tidak menjumpai apa yang dicari, cuba pula laman-laman ini:-

http://www.alltheweb.com

http://www.infoseek.com

http://www.astalavista.com

http://www.yahoo.com

Cuba setiap laman untuk mendapatkan laman yang sesuai dan yang terbaik. Setiap laman pencari punya cara tersendiri menilai sesuatu laman. Kita mungkin tertinggal laman yang lebih baik.

3.4 http://www.google.com

Ini adalah laman pencari yang unik, kerana ia menyusun lamannya berdasarkan berapa banyak laman itu disambung oleh orang lain. Logiknya begini, semakin banyak sesuatu laman itu di sambung dan dirujuk oleh laman lain, makinlah laman itu dikenali.
http://www.guidebeam.com/ pula akan menyusunkan pencarian  kita kepada ketegori yang sesuai sebelum pencarian kita dikembalikan kepada  laman pencari Google.

Google

3.5 http://www.dmoz.org

Laman ini adalah laman pencari, dimana setiap laman di masukkan dalam laman dmoz telah ditapis dan diperiksa oleh individu terpilih yang telah dipastikan mahir dalam setiap ketegori yang dipilih.

Adakala link laman ada tetapi laman itu sudah tidak boleh dicapai lagi. Kita masih mencuba mengunakan applikasi Alexa yang boleh didapati di http://www.alexa.com. Applikasi Alexa ini akan merujuk laman yang bermasalah tadi kepada pelayan-pelayan internet lain, yang mungkin masih menyimpan laman yang anda mahukan.

3.6 http://www.sosig.ac.uk/desire/internet-detective.html

Jika kita menghadapi masalah untuk mengenal pasti bahan-bahan internet yang sesuai. Laman ini menyediakan nota pembelajaran bagaimana mencari bahan internet dengan lebih baik dan sesuai.

3.7 Puas kita mencari laman mengapa tidak mencari senarai email yang sesuai. Kita boleh menggunakan laman di http://www.liszt.com/ untuk mencari senarai email yang sesuai. Kita juga boleh cuba laman penyedia senarai email percuma. Antaranya:-

http://www.egroups.com/

http://www.listbot.com/

Jika anda berminat dan mampu mengendalikan senarai email. Kita boleh mendaftar pada laman di atas untuk mengendalikan senarai email kita sendiri.

Jangan lupa untuk mengunakan kemudahan penyimpanan email bagi senarai email yang kita boleh rujuk di
http://www.mail-archive.com/

Tidak juga lupa untuk menandakan laman yang kita telah cari tadi (Bookmark). Penanda laman akan memastikan kita tidak tercari-cari lagi laman yang kita mahukan. Ini akan menjimatkan kos penggunaan Internet kepada kita dan juga orang lain.

3.8 Gunakan laman ini untuk melihat laman-laman terbaik.
http://www.100hot.com/

3.9 Laman ini pula mengumpulkan Encyclopedia, dan kamus untuk kemudahan  pencarian.
http://www.xrefer.com/

4. Penanda Laman

Bookmark atau Penanda Laman adalah kemudahan yang disediakan oleh applikasi pelayaran laman untuk memudah kita mengingatkan laman alamat dan kita digalakkan menggunakan bookmark untuk mengelakkan kita membuang masa mencari laman itu semula. Mengapa tidak tinggalkan "Bookmark" kita di internet di http://www.itlist.com/users/hafnie supaya kita boleh mencapainya dimana-mana. Satu lagi laman yang menyediakan kemudahan sebegini http://www.mybookmarks.com/
Laman-laman dalam panduan ini boleh dilihat di http://www.mybookmarks.com/public/hafnie

5. Simpanan Fail

Kebiasaan kita berada dipelbagai tempat mungkin menyukarkan kita menyimpan fail-fail  diperlukan dan kita mungkin terlupa membawanya. Laman di http://www.freedrive.com/  dan http://www.xdrive.com/ dapat membantu kita menyimpan  fail-fail kita. Jangan lupa untuk memcuba applikasi yang disediakan oleh  2 laman ini. Applikasi ini akan membolehkan kita melihat laman simpanan  kita seperti ia berada di dalam komputer kita.

6. Netika

Sebagai orang baru dan berada di tempat baru, kita perlulah belajar tentang tatacara dan etika internet. Internet punya etikanya sendiri. Jadikan laman netique di http://www.albion.com/netiquette/introduction.html  Sebagai laman rujukan kita di Internet. Moga kita mampu menjadikan pengembaraan kita di Internet lebih harmoni dan kita disenangi oleh orang lain.

Bagi pengguna email Haris telah menulis mengenai Netika Email. Rujuk E-Makalah 16 di
http://alpha.mysmac.com/~hafnie/makalah/ema-16.html

7. Melawan Email Sampah (SPAM)

Haris menyediakan sendiri laman menentang email sampah di http://www.bigfoot.com/~esampah

Internet seperti sebuah negara tanpa sempadan. Ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan email-email sampah (SPAM). Cuba laman ini untuk membuat laporan kesalahan http://www.spamcop.net

Mengapa SPAM perlu ditentang. Lawat laman ini  http://spam.abuse.net/spamdan http://www.cauce.org

8. Rujukan Masalah Komputer

Masalah Komputer kita boleh merujuk kepada laman-laman dibawah
http://members.spree.com/SIP/hafnie/soaljawab.htm

Bagi sahabat-sahabat yang punya pengetahuan komputer harapan Haris semuanya dapat bersama-sama memberikan pandangan diruang diatas, agar kita semua mendapat manafaatnya. ( Sertailah Dunia-Digital ).

Subscribe to dunia-digital
Powered by www.egroups.com

Bagi laman English sila lawat laman http://www.computing.net Ada pelbagai forum yang berdasarkan pelbagai jenis OS.

Anda juga boleh menghantar email kepada Autoresponder yang akan memberikan panduan kepada kita yang mahu mendapat sokongan masalah komputer, hanya dengan email. Hantarkan email kepada satulaman@webmailstation.com atau kepada orgmaya@sendfree.com . Contohnya http://homepages.go.com/~orgmaya/index.html

9. Kerahsiaan

Yang penting sekali, lindungi indentiti anda sebaik mungkin. Kita perlu tahu bagaimana Internet sebegitu mudah menyebarkan maklumat dan ianya meluas. Kita boleh meletakkan nama penuh, nama bandar dan poskod. Negara asal, alamat email dan link laman.

Jangan sesekali mendedahkan maklumat penuh. Cukup itu sahaja, lawat laman kerahsiaan di dalam Internet di laman http://members.theglobe.com/hafnie/art.htm

Bagi yang mahu melindungi apa-apa yang ditulis supaya tidak dapat dibaca oleh  orang lain. Lawat laman di http://www.pgpi.com. Banyak  lagi laman-laman rujukan tentang teori matematik rawakan di sini.

10. Rendah Beban

Jika kita mencari laman untuk rendah beban applikasi cuba laman ini

http://www.freewarehome.com/
http://www.completelyfreesoftware.com/
http://www.download.com/
http://www.shareware.com/

IklanBanner.com
IklanBanner.com

Untuk linux

http://www.freshmeat.net
http://www.linuxberg.com
http://www.davecentral.com/

Jika anda mahu di-email fail yang direndahbebankan. Cuba laman http://www.emailfile.com

11. Usenet

Protokol News adalah antara protokol internet dan ia untuk kemudahan seperti kumpulan  perbincangan email dan rangkaian ini lebih dikenali sebagai Usenet. Usenet  mengunakan applikasinya sendiri untuk mencapai bahan didalam Usenet. Kita  masih boleh mencapai bahan yang berada didalam pelayan NEWS dengan mengunakan  laman http://www.dejanews.com

Untuk rujukan lanjut lawat laman http://www.deja.com/info/usenet_faq.shtml

12. Laman-laman Malaysia

Jangan lupa laman-laman Malaysia yang harus kita lawati adalah seperti:-

http://www.skali.com.my/
http://www.mol.com.my/
http://www.cari.com.my/
http://www.e-my.net.my/

13. RUJUKAN LAIN

Bagi rujukan lain boleh lawat laman ini. Starting Point For Internet.
http://www.ncsa.uiuc.edu/SDG/Software/Mosaic/StartingPoints/NetworkStartingPoints.html

14. SATULAMAN

Ini adalah projek untuk menerangkan kepada orang ramai bahawa kita semua boleh berada di dalam Internet tanpa perlu mmebuka akaun dengan Pembekal Perkhidmatan Internet ISP, cukup sahaja dengan satu laman dan alamat email. Lawat laman Satulaman di http://www.bigfoot.com/~satulaman

Anda juga boleh mendapatkan Autorespondernya satulaman@sendfree.com. Contohnya di
http://www.e-my.net.my/kl/satulaman/

15. Organisasi Secara Maya

Organisasi Secara Maya adalah rangka projek untuk menyedarkan pengguna Internet bahawa satu organisasi tanpa perlu mewujudkan pejabat dapat diwujudkan dengan bantuan Internet. Lawat laman ini untuk keterangan lanjut.

http://orgmaya.cjb.net

atau hantarkan Autoresponder kepada osm@sendfree.com

16. The Lion Club Of CyberCare Kuala Lumpur

CyberCare adalah projek kemasyarakatan bertujuan untuk menghubungkan rumah-rumah anak yatim ke Internet. Lawat lamannya di http://cybercare.hitech.com.my

Saudara/i dijemput untuk menjadi sukarelawan membantu mengajar kanak-kanak ini mengunakan komputer dan mencapai Internet. Untuk keterangan lanjut sila hubungi CyberCare 603-89946929atau email cybercub@hitech.com.my

17. Kempen Penggunaan Applikasi Secara Terbuka.

Tahukah anda bahawa ada applikasi yang boleh digunakan secara percuma setanding dengan applikasi yang kita perlu beli. Contoh yang terbaik adalah Linux dan Staroffice.

Lawat laman. http://alpha.mysmac.com/~hafnie/html/kemoss.html

18. Autoresponder

Autoresponder adalah satu perkhidmatan email, dimana email akan dihantar kepada  kita bila kita hantarkan email kosong kepada satu alamat email. Email yang  dihantar oleh Autoresponder boleh mengandungi sebarang maklumat yang kita  isikan. Sebagai contoh email kepada satulaman@webmailstation.com akan  memberikan maklumat yang Haris kumpulkan untuk kumpulan-kumpulan sokongan komputer  melalui email.

Haris mencadangkan semua pembina laman atau pengedali kumpulan email mempunyai Autoresponder untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada pengguna Internet yang hanya ada email sahaja.

Laman-laman ini menyediakan kemudahan Autoresponder.

http://www.webmailstation.com

dan http://www.sendfree.com

Bagi yang berminat dengan maklumat mencapai Internet hanya dengan email bolehlah menghantar email kosong kepada iemail@sendfree.com

19. Album Gambar

Laman http://www.photopoint.com/menyediakan kemudahan  untuk menyimpan fail-fail gambar dimana ia boleh disusun seperti album gambar  dan dikongsi dengan orang lain. Photopoint juga menyediakan kemudahan gambar-gambar  boleh dihantar dalam bentuk e-poskad internet.
 

20. Sijil di Internet.

Bagi Haris laman http://www.brainbench.com/ adalah  peluang bagi kita yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang IT mencuba  dan membuktikan kemampuan kita. Sijil kemahiran sebegini semakin  diperlukan dalam mencari pekerjaan.
Contoh sijil boleh dilihat di http://www.brainbench.com/transcript.jsp?pid=1732628

 
21. Laman Memberi Wang.

Haris belum lagi mencuba laman-laman sebegini yang menjanjikan wang kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan Internet atau melawat laman.
Jika ada yang berminat untuk mencuba, cuba lawat laman ini. http://www.refercentral.com/ . Laman ini mengandungi senarai laman yang menyediakan laman yang memberi wang kepada anda. ( tiada sebarangan jaminan daripada Haris )
http://www.refercentral.com/

22. Laman Soal Keselamatan Komputer Dan Internet.

Laman-laman ini adalah laman yang boleh diyakini dalam mencari maklumat dan rujukan yang melibatkan soal virus, trojan, kelemahan  applikasi dan pencerobohan komputer.
Lawat laman http://www.cert.org/ dan juga laman  http://www.securiteam.com/

Bagi masalah yang melibatkan kita pengguna di Malaysia. Sila lawat laman ini.
http://www.mycert.mimos.my/

Kita boleh membuat laporan kepada mereka untuk sebarang masalah yang melibatkan internet. Sebagai contohnya email layang, email bomb, hacking dan pencerobohan.

Haris galakkan penyertaan dalam senarai email mereka untuk sebarang maklumat terkini. Rujuk juga sambungan laman-laman yang lain dalam laman Cert ini untuk soal serangan virus dan trojan.

Bagi yang memcuba Online Virus Scanning lawat laman ini. http://housecall.antivirus.com/

Untuk laman tidak rasmi.  http://astalavista.box.sk/  dan  http://www.hack-net.com/

22. Rujukan Laman-laman IT Lain.

Laman-laman ini adalah laman IT yang dibina oleh anak tempatan atau dalam Bahasa Melayu. Laman Bahasa Melayu pula Haris masukkan sekali laman daripada sahabat kita di rantau lain. Haris percaya ada banyak laman sebegini. Haris akan senaraikan untuk dijadikan laman mula kita kita yang baru. Penjelasan ringkas untuk menjimatkan ruang. Pilihlah mana yang sesuai. Ada laman yang lain. Hantar kepada Haris.
 

Laman-Laman IT Pilihan.
http://www.youngitnetwork.com/
- Komputer Umum
http://www.my-linux.org/
- Laman Linux
http://www.chip.co.id/
- Majalah CHIP
 http://bolts.guam.net/anuar/vermtech/
- Laman VMtech, Aktif dalam 2D.
http://www.kedai.com.my/
- Laman Linux oleh kedai
http://www.mweb.co.id/open.htm?go=komputer
- Komputer Umum
 http://hammer.prohosting.com/~infolink/
- Maklumat membeli Komputer
http://www.mypug.org/
- Malaysia PALM User Group
http://www.infokomputer.com/
- Komputer Umum
 http://cindai.virtualave.net/
- Belajar Membina Laman
http://posmo.com/indonesia/tabloid/komputek/
- Tabloid Komputer



Senarai diatas hanyalah sebagai panduan untuk kita bermula di internet. Internet ini banyak sumber berguna. Ia umpama sebuah lombong emas, perlu dicari, dilombong dan dibersihkan.

Bagi yang berminat untuk mendapat kemas-kini terbaru tentang laman-laman internet, hantarkan email kepada
haris-subscribe@egroups.com untuk menerima e-makalah (ema) atau di http://alpha.skali.net/~hafnie/makalah/ atau http://members.theglobe.com/hafnie/art.htm

Subscribe to haris
Powered by www.egroups.com

Moga ada manfaat.

Wassalam



Do you like this site? Tell a friend!
Name Email
You:
Friend:

[ Get your own FREE referral system! ]

[Laman Utama | Satulaman | Soal Jawab | Senarai E-mail| Artikel | AST | Laman Lain | Siapa ?]

Hakcipta Terpelihara. Harisfazillah Jamel. 1998 1999 2000
Dibenarkan untuk meyebarkan laman dalam apa bentuk
Dengan syarat keseluruhan laman ini perlu ada, termasuklah
perenggan Hakcipta ini.
Ruang laman ini adalah sumbangan http://www.skali.net/
Laman penulis
http://www.bigfoot.com/~hafnie

Stat Laman ini di http://s1.TheCounter.com/counter/734341.vmain




Malaysia BPath Network