Nota-nota Dalam Bentuk Buku Bukan Sekadar Internet Sahaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda bahawa penggunaan komputer dan Internet bukan setakat 
membaca email, membina laman dan mencari bahan ?.

Anda boleh menjalankan banyak kerja-kerja dalam hidupan anda dalam 
Internet. Contoh, anda boleh menggunakan laman tertentu untuk mengingatkan 
anda  hari lahir seseorang dan menggunakan laman bunga dan hadiah untuk 
membeli hadiah. Semuanya dilakukan hanya dengan komputer dan Internet.

Usaha pembinaan laman Haris adalah dengan tujuan itu. Mendidik pengguna
komputer dan Internet, bagaimana menggunakan Internet dan komputer dengan
lebih baik lagi. Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Ini adalah usaha peribadi Haris. Dengan menulis E-makalah, artikel dan
memasukkan kedalam laman Haris di http://hafnie.terrashare.com/ , Haris
harapkan ia menjadi bahan yang berguna untuk semua.

Projek Buku Bukan Sekadar Internet Sahaja, adalah usaha Haris untuk 
mengumpulkan bahan-bahan yang Haris tulis di dalam Internet dan juga yang 
Haris sampaikan dipelbagai laman perbincangan sama ada melalui email ataupun 
laman.

Senarai laman yang Haris selalu berada  anda boleh lihat disini.
http://members.spree.com/SIP/hafnie/soaljawab.htm

Pada mulanya ia hanyalah kumpulan cetakan nota-nota untuk simpanan Haris dan ia dikumpulkan seperti buku. Selepas mendengar beberapa pandangan, 
Haris memutuskan untuk menjualnya kepada yang berminat. 
 
 

Petak Sebelah ->


Bila anda memiliki nota-nota ini secara bercetakan, akan memudahkan anda 
membacanya dimana-mana yang anda suka, tanpa perlu berada di Internet 
untuk  mendapatkannya dalam laman Haris. Haris percaya ia lebih menjimatkan 
dibandingkan dengan membuat capaian dalam Internet.

Disamping itu juga Anda juga boleh menjadikan ia rujukan permulaan bila anda 
mula hendak berada di Internet.

Anda juga dibenarkan untuk membuat salinan kepada nota-nota Haris. Yang
Haris harapkan jika ia disalin, hormati hakcipta Haris dengan menyertakan
perenggan hakcipta Haris dan menyalin kesemua nota-nota secara penuh.

Jika anda hanya berminat untuk memdapatkan sebahagian sahaja. Anda boleh
lakukan dan hanya perlu letakkan perenggan hakcipta ini.

" Hakcipta milik Harisfazillah Jamel 1998 1999 2000 2001"
http://hafnie.terrashare.com/

ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR DAHULU.

Dalam soal pembayaran, Haris mengamalkan konsep Shareware. 
http://www.asp-shareware.org/

"Cuba dahulu, Puashati, Baru Bayar"

Walaupun ia ditujukan untuk pembina applikasi secara kecil-kecilan, bagi Haris 
ia juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Dengan ini hakcipta Haris
masih dilindungi dan anda masih boleh membaca bahan yang Haris tulis.

Isikan dahulu borang dibawah. Masukkan Nama, alamat pos dan alamat email. 
Haris akan menghantar sendiri Nota-nota Haris dalam bentuk buku kepada 
anda. Haris akan menanggung sendiri kos pos bila anda memberikan maklumat 
melalui laman ini.

 


Haris yakin anda akan berminat dengan himpunan nota-nota ini dan membuat 
pembayaran.

Pembayaran anda, Haris gunakan untuk menampung bayaran upah menaip, kos 
percetakan dan penghantaran. Disamping juga ia menyokong usaha Haris untuk 
menulis dan menambah bahan dalam himpunan nota-nota Haris ini.

Haris juga bercadang, untuk mengunakan wang bayaran dalam menanggung kos 
beberapa projek peribadi seperti projek satulaman, projek Organisasi Secara 
Maya (OSM) dan projek Pembagunan Applikasi Secara Terbuka (AST), yang 
kebanyakan perkembangannya agak perlahan kerana Haris perlu keluar duit 
poket sendiri untuk memperkembangkan projek-projek ini.

Dengan memiliki nota-nota dalam bentuk Buku "Bukan Sekadar Internet 
Sahaja"  ini. Haris harapkan ia mampu menjadi panduan buat anda untuk 
menggunakan komputer dan Internet dengan lebih baik lagi.
 

Tiada apa yang mengembirakan Haris bila melihat panduan Haris menjadi bahan 
rujukan untuk perkembangan Internet di Malaysia.
 


Antara Isi kandungan.

(1)   Netika - Bagaimana etika kita di Internet
(2)   Mencapai Internet Hanya Dengan Email
(3)   Kerahsiaan Di Internet
(4)   Panduan Buat Yang Baru
(5)   Panduan Pemasaran Di Internet
(6)   Projek Satulaman
(7)   Organisasi Secara Maya (OSM)
(8)   Menentang E-mail Samapah (e-sampah)
(9)   Applikasi Secara Terbuka (AST)
(10) Gnutella Network
(11) PGPi
(12) Projek Java2d
(13) E-makalah 1 hingga 19.
 

 


Cara Pembayaran.

Penghantaran beri masa kepada Haris 3 hingga 4 minggu. Haris sedang mencuba konsep berkerja daripada rumah.

Selepas anda menerima Nota-nota dalam bentuk buku "Bukan Sekadar Internet Sahaja", selepas membacanya jika anda dapati ia satu yang berfaedah kepada
anda, Haris harapkan anda dapat membayarnya.

Jika anda dapati ia tidak berfaedah kepada anda. Jangan buang begitu sahaja.
Serahkan kepada sahabat-sahabat anda yang mungkin berminat dengannya.
 



Cari Didalam Laman Haris

Search for
Get a Free Search Engine for Your Web Site